Menjadi sekolah Islam unggul berlandaskan Al Qur’an dan Hadith yang menghasilkan generasi berilmu, beriman dan bertaqwa.
Berilmu : Ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
Beriman : Beriman kepada Allah swt dengan sepenuhnya
Bertaqwa : Melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah swt.
MISI SMAMAIK
1. Melaksanakan dan mengembangkan pendidikan Islami berlandaskan Al Quran dan hadits.
2. Menyelenggarakan kegiatan belajar bersepadu yang menyenangkan, mampu merangsang kecerdasan intelektual, emosi, fizikal, sosial, dan spiritual dengan pendekatan belajar sesuai perkembangan pelajar.
3. Menghasilkan lulusan berkualiti, berakhlak islami dan berdaya saing.
4. Melaksanakan pengelolaan sekolah yang amanah, berkualiti, efektif, efisyen.
5. Mengembangkan keunggulan dalam mencapai tahap pendidikan arus perdana.
6. Membina komunikasi positif dan produktif dengan ibubapa dan masyarakat dalam rangka mencapai visi dan misi sekolah.
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi, informasi dalam proses pendidikan dan pengurusan sekolah.
Pada tanggal 22 April, sayup-sayup kedengaran suara tangisan dari mulut seorang bayi kecil yang baru sahaja selamat dilahirkan seawal pukul 6:00 pagi di Kampung Empa, Jitra, Kedah Darul Aman. Anugerah Allah buat kedua pasangan suami isteri, Haji Daud bin Haji Yusoff dan Hajjah Siti Daharah binti Haji Yahya, yang diberi nama Mohd Daharudin bin Haji Daud dan merupakan anak yang keempat dari enam adik-beradik bagi pasangan ini.
Bermula didikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Di Raja, Alor Merah, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Titi Besi, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.
Alhamdulillah, telah berjaya menamatkan pengajian sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.
0 comments:
Post a Comment