Wednesday, December 20, 2017

PROGRAM LARIAN 1 MALAYSIA

LARIAN 1 MALAYSIA
SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH
TARIKH:
16 SEPTEMBER 2017
ANJURAN:
SMA MAAHAD AKADEMI ISLAM KEDAH

1.0       PENGENALAN
            Bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia, SMA Maahad Akademi Islam Kedah akan mengadakan satu program iaitu Larian 1 Malaysia. Program ini merupakan acara sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua pelajar. Larian 1 Malaysia ini adalah satu acara bagi menanamkan semangat cinta pada aktiviti sukan dan mengutamakan badan yang sihat.

2.0       MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM
Antara matlamat dan objektif program yang cuba diketengahkan melalui program ini ialah:
2.1       Acara ini merupakan satu langkah praktikal untuk menyemai semangat perpaduan melalui aktiviti yang menyeronokkan dan dapat dirasai serta dihayati oleh semua peserta larian.
2.2       Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas.
2.3       Mewujudkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar memandangkan ia merupakan acara sempena sambutan Hari Malaysia.
2.4       Mewujudkan perasaan harmoni dalam kalangan pelajar serta guru dan menggalakkan gaya hidup sihat melalui kegiatan riadah dan sukan.

3.0       PELAKSANAAN
            Tarikh                         : 16 September 2017
            Hari                             : Sabtu
            Tempat                       : SMA Maahad Akademi Islam Kedah
            Kumpulan sasaran   : 30 orang pelajar, 7 orang guru dan pentadbiran

4.0       AJK PELAKSANA
PENAUNG
Tuan Haji Mohd Taib bin Ahmad
Puan Noor Laila binti Amin

PENASIHAT
Encik Mohamad Faiz bin Mohd Taib

PENGARAH
Encik Mohd Daharudin bin Daud

TIMBALAN PENGARAH
Puan Sharifah binti Abd Rahman

SETIAUSAHA
Puan Mazlina binti Arzarin

BENDAHARI
Cik Fatimatul Zahra binti Mohd Naim

UNIT KESELAMATAN, DISIPLIN, KAWALAN LALU LINTAS
Encik Mohamad Yasir bin Mohd Taib

UNIT KECEMASAN
Encik Khairil Izwan bin Md. Hassan


UNIT HADIAH, SIJIL DAN FOTOGRAFI
Encik Lutfi bin Ahmad

SUMBANGAN DAN TAJAAN
Pentadbiran SMAMAIK


5.0       TENTATIF PROGRAM
            Rujuk Lampiran A

6.0       PERBELANJAAN
            Rujuk Lampiran B

7.0       KATA KUNCI SETIAP CHECK POINT
            Rujuk Lampiran C

7.0       PENUTUP

            Melalui program Larian 1 Malaysia yang dicadangkan ini, diharapkan para pelajar dan guru dapat memahami, menghayati serta mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana lari juga merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan kecergasan badan dan kekuatan minda pelajar. Selain itu, memandangkan larian ini juga dibuat sempena sambutan Hari Malaysia, maka diharapkan seluruh warga SMA Maahad Akademi Islam Kedah dapat menyemai semangat cintakan tanah air serta dapat meningkatkan patriotisme dalam kalangan pelajar terutamanya. Seterusnya, diharapkan perpaduan dalam kalangan guru dan pelajar dapat diperkukuhkan lagi melalui acara ini.

**************

Bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini,iaitu pada 16hb September 2017, SMA Maahad Akademi Islam Kedah mengambil peluang untuk mengadakan satu program bersama pelajar iaitu Larian 1 Malaysia...Semoga program sebegini mampu melahirkan semangat patriotik dalam diri anak-anak tahfiz serta sihat dari segi rohani dan jasmani.

Pihak SMAMAIK turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan Polis cawangan Ayer Hitam,yang turut memberi kerjasama dalam memantau keselamatan para pelajar sepanjang program dijalankan.

Sekalung ucapan Tahniah kepada pihak pentadbiran,Guru-guru, staf-staf serta para pelajar kerana telah menjayakan program ini.












































0 comments:

Post a Comment